Jumaat, 13 November 2009

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Malaysia Jobs 2009 2010

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Malaysia Jobs 2010- 2011

Bagaimana untuk mendaftar di Portal Jawatan Kosong
  1. Sila klik di sini untuk mendaftar sekarang.
  2. Lengkapkan maklumat peribadi anda di ruang yang disediakan. Pastikan bahagian yang betanda * diisi dengan lengkap dan tepat.
  3. Lengkapkan maklumat perhubungan anda. Anda boleh memilih untuk tidak mempamerkan maklumat – maklumat tertentu dengan menyemak kotak berkaitan.
  4. Masukkan kata laluan anda sebanyak dua kali. Pastikan anda tidak memberi kepada sesiapa kata laluan ini untuk mengelakkan masalah berlaku.
  5. Lengkapkan maklumat resume anda dan sertakan maklumat yang penting dan diperlukan.
  6. Baca tema dan syarat dan simpan data anda.
Resume
Anda perlu mempunyai resume untuk melakukan permohonan secara dalam talian. Terdapat dua kaedah untuk anda membuat resume di portal ini.
  1. Melalui Portal Iklan Jawatan Kosong
    1. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk membuat resume anda di portal Iklan Jawatan Kosong.
    2. Kemudian, anda boleh mengubah resume anda pada bila-bila masa.
  2. Melalui resume anda sendiri
    1. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk memuat naik resume anda di portal Iklan Jawatan Kosong. 
    2. Kemudian, anda boleh memuat naik resume anda pada bila-bila masa. Format yang dibenarkan adalah dalam bentuk .doc atau .pdf. 
Maklumat pekerjaan automatik
Portal Iklan Jawatan Kosong akan memberi maklumat pekerjaan kepada anda berdasarkan bidang pekerjaan yang anda nyatakan. Anda boleh memilih sama ada untuk menerima maklumat pekerjaan secara setiap hari atau seminggu sekali. Anda boleh mengubahnya bila-bila masa .
Carian pekerjaan di Portal Iklan Jawatan Kosong kerajaan dan swasta
Anda boleh mencari perkerjaan berdasarkan pelbagai kategori yang anda mahu di sini . Anda boleh menetapkan kategori pekerjaan, lokasi pekerjaa, julat gaji, jenis pekerjaan dan bahasa perantaraan.
Buku semak pekerjaan
Pekerjaan yang telah anda minati boleh disimpan di bahagian ini. Ia memudahkan anda untuk menyemak pekerjaan itu semula. Untuk menyimpan senarai semak pekerjaan ini anda hanya perlu menekan butan tambah di buku semak sahaja pada bahagian pekerjaan itu. Untuk menyemak buku semak pekerjaan sila klik di sini .
Kotak utusan
Anda akan menerima maklumat atau status mengenai pekerjaan yang anda pohon di portal Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta. Syarikat berkenaan akan menghantar utusan kepada anda yang boleh didapati di dalam kotak utusan(juga email). Untuk menyemak kotak utusan, sila klik di sini .
http://www.jawatankosong.com.my/jobseeker_signup.php
PERHATIAN! Berhati-berhati dengan segelintir agensi/syarikat yang menawarkan pekerjaan sambilan di internet yang memerlukan pembayaran wang pendahuluan. Tiada syarikat yang meminta wang terlebih dahulu sebelum memberi jawatan kepada seseorang. Tolong jangan memberi sebarang wang sebelum anda memulakan pekerjaan. 

ALERT, Fraud Company: Autumn Paradise