ANEKA RESEPI


Pagi nie..teringin lak nak cuba buat puding pelangi nie...macam sedap je...cari kat internet jumpa resepinye...
meh cuba petang nie..boleh buat juadah berbuka puasa....

Resepi Puding Pelangi Senja




Bahan2
25gm serbuk agar-agar
4 cawan air
2 cawan gula


1 tin susu cair ) Masukkan ke dalam mangkuk dan pukul sedikit
4 telur (Gred A) ) sehingga tepung kastard larut
1 sudu besar tepung kastard )


1 sudu besar unsalted butter Anchor ) digaul bersama
1 sudu besar gula )


Cara2
Masukkan serbuk agar2, gula dan air ke dalam periuk, masak hingga mendidih.


Kemudian masukkan susu cair, telur dan tepung kastard yang telah di pukul.


Masukkan campuran unsalted butter and gula, kacau sebati sehingga mendidih.


Padamkan api. Bahagi kepada 3 bahagian;
1 bahagian campurkan 1 sudu besar paste strawberry and 1 sudu kecil pewarna pink
1 bahagian campurkan 1 sudu besar paste orange and 1 sudu kecil pewarna oren
1 bahagian campurkan 1 1/2 sudu besar koko atau (1 sudu kecil perisa vanila dan 1 sudu kecil pewarna kuning)


Tuang adunan berselang seli. Biarkan ia beku


HARI NIE..MACAM TERINGIN NAK WAT KUIH LOPES..MACAM SEDAP JE...CARI CARI KAT INTERNET JUMPA KUIH RESEPI NIE..

Kueh Lopes

2009-12-16 17:49:18 Author: admin Source: View: 676 0 comment | Share to  

\
Bahan kuih :
2 cawan pulut [basuh dan rendamkan]
2 cawan santan + sikit garam
1 cawan jus pandan
1/2 biji kelapa parut muda

Cara.
1. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut kedalam loyang dan kukus sehingga masa [30 minit]
2. Keluarkan dan masukkan dalam tudung botol nescafe yg telah dialaskan ngan pelastik.
3.Tekankan[kuat sikit] supaya pulut tadi mampat dan kemas.
4. Keluarkan [tarik pelastik alas dalam tudung tadi] dan gaulkan dgn kelapa parut tadi.
5. Hidangkan dgn air gula merah


Donut


Imgp2037

 Resepi asal dari kelly @ www.allrecipes.com.

Created on : 28-08-2007


 
509Share


Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.


SEMALAM....AKU CARI RESEPI KUIH KASWI KAT INTERNET...BALIK RUMAH AKU PUN CUBA LA.....BOLEH LA TAHAN RASANYE...,  SEDAP LA JUA...TAPI LEMBIK CKIT LA...MAYBE..AKU KURANG LETAK AIR KAPUR KOT....APA APA PUN LAYAN JE LA...
 Nie dia resepi yang aku ambik kat internet..



KUIH KASWI

 

Bahan-bahan 

·                                 1 CAWAN GULA
·                                 1 KETUL BESAR GULA MELAKA / 1 CAWAN GULA MERAH
·                                 1 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
·                                 1/2 CAWAN TEPUNG KANJI / UBI
·                                 1/2 CAWAN TEPUNG BERAS
·                                 3 SUDU MAKAN AIR KAPUR 
·                                 5 CAWAN AIR
·                                 1 SK NESCAFE UNTUK BAGI AROMA YG WANGI
·                                 SEDIKIT MINYAK UNTUK SAPU KAT LOYANG
·                                 KELAPA PARUT PUTIH =1/2 / IBIJI CAMPUR 1SK GARAM


Cara memasaknye..

1.       MULA2 MASAK GULA PASIR N GULA MERAH DENGAN 2 CAWAN AIR (KAT SINI SAYA CAMPUR SEKALI   1SK 
NE  NESCAFE DENGAN AIR KAPUR)

2.   .  LEPAS TU CAMPURKAN KETIGA3 TEPUNG DAN TAMBAH LAGI 3 CAWAN AIR, GAUL RATA2 SUPAYA TIDAK     
BE  BERGENTEL (SAYA GUNAKAN AIR PANAS SUAM2 SUPAYA CEPAT SEBATI) TAK PUN BLENDER JE..( KI KI KI)
3.      TAPISKAN BAHAN2 NO.1 KE BAHAN NO 2 DAN KACAU SAMPAI SEBATI


4.      SEDIAKAN LOYANG YANG DISAPU SEDIKIT MINYAK DAN SEDIA UNTUK DIKUKUS SELAMA 30 - 40MINIT


SESESIAPA YANG BERMINAT NAK RASA..TRY LA.

              IKAN KEMBUNG MASAK ASAM

2 ekor ikan kembung - disiang, cuci bersih digaul dgn kunyit dan garam dan digoreng hingga kuning keemasan. angkat dan toskan minyaknyer.

2 biji bawang besar - dipotong bilat
1 biji cili merah - dihiris serong
1 biji cili hijau - dihiris serong
6 biji cili api - dibelah 2
3 ulas bawang putih - dimayang
1 cm halia - dimayang
sedikit belacan jika suka
200 ml air asam
garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bahan yg dimayang hingga harum. Masukkan air asam dan belacan yg telah dikisar dan masak hingga didih. Perasakan garamnyer.
Kemudian masukkan cili api, cili hijau, cili merah dan bawang besar.
Akhir sekali masukkan ikan kembung biar seketika hingga kuah menyerap dan sedia dihidangkan.